Saturday, August 18, 2012
Salam Syawal 2012
Salam syawal 2012. alhamdullilah ramdhan telah berlalu. walau dgn pelbagai dugaan takkan sama dengan orang-orang yang susah dan tidak berupaya. sebulan bercuti dalam bulan puasa nie menyebabkan banyak perkara boleh dibuat..cuba untuk menjadi insan yang lebih baik disisiNYA. bermula september, urusan kerja akan bermula seperti biasa. moga diberikan kekuatan bagi terus mengharungi pelbagai dugaan. sentiasa ingat yg dugaan dtg kerna kita mampu mengadapinya.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Moga kita akan ketemu ramdhan akan datang. kita takkan tahu apakah jadual yang telah dirangka oleh Dia.. kita hanya mampu berdoa agar apa juga ketentuan Dia adalah yang terbaik untuk kita.. dan hanya dengan doa itu, banyak perkara boleh berubah. jadi jangan jemu untuk berdoa atas apa juga yang kita kehendaki.
Raya tahun nie mak yana beraya di kajang aje. masak memasak tetap macam biasa. walau esok pagi mmg akan ke rumah MIL, agenda makan dahulu di rumah adalah spt biasa. then baru lah ke rumah MIL untuk beraya dan makan lagi. Tahun ni ada rezeki MIL dapat sepasang baju raya. request dia nak baju simple dan sweet. dapatlah sepasang di subang parade.. siap selendang sekali. nampak mcm dia suka.. dah 3 tahun bagi baju yang dia suka pakai..saiz sama..senang nak pilih. as for we all tahun nie, kaler purple. ayah recycle aje baju 3 tahun lepas dan baju baru for others.
Biasanya lepas raya umah MIL, akan terus balik ktn. ttp since esok nya mak yana akan fly ke australia, tak balik kg. raya sehari je di sini. lagipun maya baru baik demam dan mak yana pun masih batuk2 lagi.kot di perjalanan nnti ada lak tak sihat lagi. isnin depan baru balik... alang2 dah ada peluang ke sana, berjalan sekalilah. walau rasa mcm cruel pulak, ttp nie peluang yg bukan selalu dapat..insyallah ada rezeki jumpa syawal tahun depan...:)
Tadi dah siap rendang ayam cili padi, daging dendeng, rebus nasi impit dan kuah lontong. and kuah kacang jugak. kuah kacang AGROMAS segera yang sedap. al-maklum sorang2 masak takde masa nak buat semua. yg ptg sedap. esok pagi nak buat kek butter. then baru lah pegi beraya. tahun nie terlebih rajin. 5 jenis kuih buat sendiri.. termasuklah agar2 kering.
Semoga syawal kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua. Ramadhan yang ditinggalkan moga dapat kita kumpul sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke sana. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...

No comments:
Post a Comment