Tuesday, August 14, 2012

Bibik oh bibik!

Mak yana mula guna khidmat bibik ni masa baru lahirkan sarah. dok di pandan indah masa tu, nak cari org jaga anak agak susah. memula hantar rumah adik kawan. sebulan lepas tu, tangan sarah tergeliat sbb ditarik anaknya yg umur 2 thn. pastu mula cari bibik. 1st bibik dah tua.. agak2 dlm 50an. nampak agak menggerunkan. turun tangga pun terketar2..adeh..dik takde pilihan, ambik je lah. the best dia pandai masak. ttp tiap kali dia masak, mak yana mesti jumpa rambut dlm food. org lain tak pulak gitu. pastu bila dia memdodoi sarah, mesti nyanyi lagu2 syahdu indonesia. bukan berzikir..adehh..genap 3 bulan ditamatkan perkhidmatannya..

Pastu hantar anak ke rumah org.. sampailah sarah agak2 1 tahun jugak pindah ke kajang. masa tu ambik bibik betul punye. itu pun kebetulan cousin tak nak dia sbb cousin dah request yg baru. dia cuma temporary. muda lagi...munipah nama dia. sangat baik, kecik aje orgnya ttp telinga dia pekak sebelah. nak ckp kena kuat2. hihi.. sempatlah keje 2 tahun sebelum dia mintak balik indonesia. mak yana ingat nk sambung je permit dia ttp dia beria2 nak balik. sampai kg 3 hari, terus call ckp nak keje semula. siapalah nak keluarkan ribuan tu semula nak proses. jadik lupakan je..

Pastu mak yana dpt scholarship ke NZ. anak2 semua htr ke kuantan, dok dgn bibik baru. muda jugak orgnya. yg nie ok. tak byk ckp. pastu balik NZ kena pindah ke Sg. Petani. Wani nama dia, pastu balik Kajang lepas 1 bulan dia lari. Then bibik ana pulak. baik sgt orgnya. lepas 2 thn diapun balik jugak ke indonesia. pastu dah takde bibik tetap dah. they come and go as they wish. penat bila nak mengajar berulang kali menda yg sama, penat melayan kerenah mereka, penat nak faham mereka. dan diapun lemas jugak nak faham kita..huhu.

Rasa mmg serik nak amik maid. mmg byk perkara x payah fikir. balik lambat ada org di rumah, paling2 pun rumah kemas, kain baju x payah fikir, bilik air, cuci longkang, habuk2..adehh..tu semua ada yg menyettlekan. dpt yg muda nnti nk ber boyfriend, yg tua dan bersuami, weekends nak kena htr balik.. mcm2 kerenah. yalah  bukan robot ttp manusia yg ada perasaan. dan walau baik camna pun kita, mrk sgt keras hati dan ikut kehendak sdn. ada temporary maid sorang tu - nurul. macam mak yana hired eric leong. suka sgt mengemas rumah, susun atur, kemas almari, gubah bunga. mmg 2 minggu sekali susun atur akan berubah. kerja pantas..kul 8 dtg, kul 12 dh siap semua. kasi makan adam, bersuap, and can make adam tido petang..sbb dia nak tgk senetron dari jam 2-5 petang. adam cukup takut dgn dia..dan x suka dia. sempatlah keje 6 bulan sebelum berhenti jugak. aka takde permit, nak ckp pe lagi...

And now utk 1 bulan nie ada temporary maid. dia cook di kedai makan. since kedai makan tutup, dia pun keje la sementara di rumah. aka mak yana pun baru pas operate. sgt sesuai masanya dia dtg. dia nie lak x reti duduk diam, biasa keje berat. jd bab mengecat, membongkar brg, semua kasi kat dia. masak mmg 1st class ttp bab cuci toilet, mengemas mmg bukan minat dia. huhu. pastu dia nie bila mak yana masak mesti menempel sbb katanya nak belajar. mak yan pulak peel bila masak suka buat semua sdn. aka dari mula - kemas dapur, mop segala, jd kekok pulak ada org di rumah. khamis nie dia nak balik dah......dia nie lak kalau kita suruh dia buat someting dia kata, dh buat.....bila mandikan anak tak sampai 5 minit dah siap.. kul 9 dah lock herself dlm bilik dan x pedulik dah apa yg berlaku di luar. mcm2 kan perangai manusia. ttp bab memasak no.1. rumah dh mcm restaurant. sahur pun nak masak mcm2.. walau diri sdn hanya makan sayur2 je..alergic dgn ayam itik dan hidupan laut. maid2 yg dulu, pantang ada udang besor, sotong ke ayam ke...hadap ke dema dulu sorang2..bab2 makan nie mmg x kisah..makanlah selagi ada....

Lega pun ada sbb dia nak balik.. ape re.. sbb mak yana suka buat keje rumah. bila ada org lain di rumah mmg takde privacy. mcm2 tokleh nak buat... ada je perhati.. :)

Jadik, pasni tak tahulah nak serius mencari yg baru atau biar je mcm nie... let's wait and see. :)

Perangai2 dema nie.. (anis sahabatku sure sgt arif ttg hal nie)
1. makan banyak..ada sorang maid kawan tu boleh abiskan roti GARDENIA 1 buku besor 1 hari 1/2 je..dan makan peanut butter abis 1 bekas sehari..hahahah!
2. cakap banyak - ada sorang maid tu..akan ckp bla bla bla..sampai ikut naik ke bilik, duduk di pintu dan bla bla bla lagi...hampeh!
3. suka ckp dgn jiran
4. suka duduk dalam bilik
5. etc etc etc........never ending story

gitu nak beli robot je la..cam kat jepun tu.. hihi.. :)

-adios-

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...