
Hari nie genap 12 thn menjadi seorang isteri. Semuanya menghambat fikiran dan menggegarkan perasaan. kita takkan tahu erti sebenar perkahwinan jika kita tidak melaluinya.. dan setelah berada di dalamnya barulah kita tahu apakah ertinya..... dan masa itu kita harus pasrah dan menerima segala buruk baik tentang pasangan kita. semua org mengharapkan akan kebahagiaan yang berpanjangan dalam perkahwinan. membina impian bersama, mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia dengan anak2 yang dpt menghiburkan hati...
Tetapi selalunya badai akan tetap melanda..sekecik banjir atau sehebat tsunami pasti akan hadir dalam hidup kita.. masa itu, ia akan benar2 menduga sejauhmanakah kasih sayang itu... tipulah kalau dikatakan semuanya baik2 belaka..semuanya indah belaka..hidup ada geloranya, ada rintangannya dan kita perlulah bijak utk menanganinya. kebijaksanaan itu akan hadir bila ada sikap saling bertoleransi, berkomunikasi dan cuba memahami pasangan. bukankah Allah telah menetapkan jodoh kita dengan pasangan yang sebaiknya utk kita..?? kerana ia akan compliment each other. ttp tak semua org akan melalui pengalaman yang sama.. ada kalanya kita boleh membuat pilihan..kerana pilihan tetap di tangan kita.. utk bahagia atau utk derita....bijaklah memilihnya.
Bukan semua orang berkahwin benar2 berjumpa dgn soulmate nya.. kadang2 mungkin yang ada skrg cuma persinggahan sementara.. mungkin ada yg lebih baik di luar sana?. mana mungkin kita tahu akan ketetapan yang dibuat olehNYA.. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. berdoalah agar yang terbaik ditunjukkan ALLAH untuk kita.. dan bila diri dilanda musibah jangan cepat menyalahkan org lain...muhasabah diri..mungkin kita terlalu ego utk menyatakan yg diri kita juga silap dan perlu diperbetulkan.. sentiasa berdoa agar bahagia sentiasa milik kita dan segala apa yg berlaku adalah kerana ALLAH sayangkan kita dan diduga kita utk melihat sejauhmana kita boleh pergi dan bagaimanakah tindakan kita...
Bahagia tidak boleh tercipta dengan sendirinya..bahagia perlu dipupuk, dibajai dan dicari.. kita yang menentukan jalan hidup kita sendiri..bukan org lain yg boleh membuat keputusan utk diri kita.. timun dan pisau di tangan... pandai-pandailah memotong agar jari tak luka, dan timun tidak hancur dibuatnya..
Sehingga kita, rasa sayang itu masih bersisa.. akan pudar semuanya jika hati tidak bijak diselami, jiwa tidak bijak dibajai... peluang tetap ada.. sampai bila?? biarlah Dia yang menentukannya!
No comments:
Post a Comment