Wednesday, February 5, 2014

Hijrah

Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebabkan semua orang terpaksa berkorban. Januari 2014, maya dah mula bersekolah. mak yana tak rasa dia hadapi byk masalah sbb dia mmg seorang yang easy going, senang buat kawan, tak banyak kerenah. Adam masuk darjah 4 - sepatutnya ttp di kelas khas dia di kelas 2B. ada progress. exam pun baru nie dapat best student utk kelas dia. dia selamba je tak faham pun kenapa dia dapat medal. balik rumah dia cakap, nah! nie cikgu bagi. bertuah punya anak!.

Sarah di tingkatan 2. lagi payah nak faham budak2 yg meningkat remaja nie. nak larang sgt tak boleh nak bebas sangat pun tak boleh. dalam awal bulan januari baru decided that we should move to shah alam. mak yana tak pernah fikir dengan begitu mendalam, think hard about this sbb takut tak boleh nak cope bila dah 12 tahun hidup di kajang, makcik zah sentiasa ada di sebelah rumah. congak punya congak...yes! we all should move to shah alam.

Huby yang dah almost 1 yr berhenti kerja di citibank and fully buat property nampaknya bukan keputusan yang sia-sia. alhamdullilah ada rezeki untuk pindah ke Kajang. 25 Januari, we all mula angkat barang. rumah di denai alam. berpindah memang sangat memenatkan...walau orang lain angkat barang, nak menyusun mengemas semua buat sendiri.

Lepas 2 minggu semua big2 things dah settled. lega sbb dah boleh melalui kehidupan mcm biasa. jarak rumah ke ofc cuma 10km. berbanding sebelum ni 62km pegi aje. now dalam 10-15 min dah sampai depan rumah,. tanpa jem, tanpa stress dan boleh masak dinner. Alhamdullilah Allah atas rezeki ini.

Bermula lah kehiduapan baru di tempat baru. Maya di sek bukit subang as usual tiada masalah. berbanding adam...payah untuk dia menyesuaikan diri dan asyik bertanyakan kawan2 dia di kajang. sek yang baru lebih kecil jumlah pelajar kelas khas..cuma 30 orang sahaja. in between the school time, maya dan adam dihantar ke taska. new things for both of them. 2 hari pertama adam mengamuk..tak nak sekolah dan sempat sekolah agama 1 hari sahaja. ustazah di situ tak sanggup nak ajar adam. tak salahkan dia..cuma adam patut diberikan masa untuk sesuaikan diri. Mak yana sangat sedih... ttp harus tidak mengalah.

Kita memang tidak tahu apa yg terbaik utk diri kita. Dia berikan kita jalan dan petunjuk dan kita perlu berdoa agar jalan yang kita pilih adalah yang terbaik. berikan terbaik dan seboleh mungkin untuk anak2..dan diri sendiri. melepaskan anak2 ke sekolah, ke taska dan ke manapun, di luar kawalan kita. kita hanya mampu berdoa agar mereka semua terpelihara dan dilindungi Allah selalu. Anak adalah amanah.... yang bukan mudah untuk menjalankan amanah tersebut.

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...