Tuesday, November 4, 2008

Exercise

Minggu nie mula aktiviti baru. ke gym hari2..buat exercise. maklumla .. bdn bukan bertambah kecik, ttp bertambah besoor. bila dah besoor sakit mcm2 bole dtg. badan pun berat aje nak bergerak. baju2 lama dah tak boleh pakai.. takkan asyik nak buat baju baru dgn saiz baru aje.. kena kuatkan semangat!.

Bila dah mula exercise, menu pun dah berubah. masak2 lomak kena kurangkan, goreng gorengan pun kena kurang. so, yesterday buat sup kepala ikan salmon. sedap kepala salmon nie.. kalau isinya sedap digril ttp kepala sedap buat sup or kari.

Pada yang nak cuba. Ini resepinya.

SUP KEPALA IKAN SALMON

Kepala ikan salmon - potong 6
Serai - diketuk2 dan dihiris
Bwg putih -hiris
Halia- hiris
Bwg kecik - hiris
Batang saderi - potong2
Tomato - ceri/ besar potong 6

Lada putih
Garam
Kiub ikan bilis

Bhn2 hiris di tumis dgn minyak zaitun/minyak jagung. agak2 garing, letak air, kiub, btg saderi. then bila air mendidih, letak kepala ikan dan tomato, garam, lada putih. biar sampai masak.

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...