Monday, December 9, 2013

Tiada tertangguh

Semalam, perginya seorang lagi guru kepadaNYA. tidak tertangguh walau sesaatpun. macam suis je. bila sudah sampai masanya.. ia akan dimatikan. tak sempat nak cakap apa-apa nak pesan apa-apa pada sesiapapun. tiada siapa tahu bila masanya tiba.. ia akan tiba jugak. samada kita bersedia atau tidak. kalau lah kita tahu esok, apa kita akan buat hari ini?. kalau kita tahu minggu depan? sempatkah kita bertaubat?. sempat tak kita mohon maaf atas segala kesalahan kita?.

Allah telah membawa pergi seorang guru lagi semalam. Sekelip mata sahaja. satu kejutan besar kepada semua orang. tiada apa yg mampu dibuat hanya pasrah dan berdoa agar tempatnya baik- baik sahaja di sana. segerakan urusan pengkebumian agar cepat dia berjumpa dengan penciptanya. berdoa agar dia tenang di sana. anak-anak murid yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana. sangat mudah segala urusannya.. semua selesai dalam masa 8 jam sahaja. takkan terputus hubungan ini.. dengan doa yang sentiasa dipanjatkan kepadanya.

Walau beliau tiada anak-anak, tiada isteri.. tapi beliau ada ramai anak didik yang sentiasa mengingati beliau dalam apa juga cara sekalipun. Ampunkan dosa-dosanya dengan kita... dan walau tidak sempat memohon maaf darinya semoga ada sedekah yang dapat memanjangkan kebaikan beliau itu.

Kehilangan yang terasa..bila melihat kereta arwah masih di parkir fakulti. Sesekali terdengar suara beliau.. sesekali terdengar gelak tawa dan nasihat beliau.

Sesungguhnya semua yang ada ditinggalkan. tiada apapun yang di bawa ke sana..terputus sudah segala urusan dunia yang tiada berkesudahan. Pemergiannnya merupakan satu ingatan untuk kita yang masih hidup ini. bahawa masa kita juga akan tiba juga nanti. anak-anak dan suami akan ditinggalkan. harta benda, urusan kerja semua akan ditinggalkan. memang dunia ini sementara..tempat untuk berbuat dosa dan juga mengumpul pahala. Semoga ingatan tentang mati ini akan menyebabkan kita lebih menghargai hidup, mengumpul pahala sebaiknya, berusaha menjadi insan yang lebih mulia dan semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosa kita.... Semoga kita juga mudah dan tersenyum apabila berjumpa dgn pencipta kita nanti.

Al-fatihah untuk arwah PM Dr. Mohd Sharif Mohd Saad. 9122013

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...