Friday, September 14, 2012

Raya lagi

Hari nie end for a very hectic week. 3 sambutan hari raya yg melibatkan ofis. Settle hari nie, next week dah boleh mulakan kelas dengan aman dan damai.:)
jadual waktu masih 'cantik' lagi. tak tahulah minggu depan kot dah berubah. yang leceh bila terpaksa menggantikan kelas org lain dan jadik bidan terjun menyettelkan kerja org. huhu. ttp dah dikata kerja, kena buat jugak. 

Satu lagi yg tak brp gemor ialah bila kelas diletakkan di tingkat 3. abis semua lemak2 mak nie. terbakorr. dan kalau kelas takde LCD Projector. nak kena ambik dan pasang. leceh betul. dah 8 tahun mengajar nie ingat dapatlah kelas yg best2 sket. nie kelas yg bwh2 bagi yang muda2..dan yg atas2 bagi yg tak brp muda mcm mak yana nie. kalau takde aircond kelas lagi haru nak berlawan suara dengan kipas pulak. paling tak suka kalau baru masuk kelas ada budak dah buat pasal. mcm, byk temberang, tanya lain jawab lain, bising masa kelas, tido dan sebagainya. abis mood utk 1 semester rasanya. bukan senang nak buat org dengar ckp kita. kalau kelas pukul 2 lagilah. kalau mengajar teori, samada mrk dengar tapi tak masuk dlm kepala, atau diorang tgk kita, ttp kita tahu fikiran mrk di tempat lain. bak kata tadi dah 8 tahun, aka tengok muka depa pun dah tahu depa concentrate atau tidak. 

Walau bagaimanapun, mak yana takde rasa yg akan berpencen sebagai pensyarah.. ada lagi menda lain yg mak yana nak jadik. mungkin ada yg sudah selesai...means sudah stabil dan tak fikir apa2 lagi. but as for me..the journey is still a long way to go, many more things to explore and to challenge myself boleh buat atau tidak. mak yana tak rasa semuanya sudah berakhir. hidup harus diteruskan seadanya. ttp as for me..nothing is certain in life. takde satu perkara pun yg kekal seperti yg kita mahu. cabaran pasti akan datang. tak boleh dengan anggapan, take a day at a time. we should plan. sudah pasti, ada perkara yg kita tak boleh pasti berlaku sbb semua telah ditentukanNYA. dengan doa, insyallah kita boleh mohon apa yg kita inginkan. kadang-kala org kata, kata hati. ttp ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dia telah ada perancangan utk hidup kita dan hanya Dia yang tahu apa yg terbaik utk kita. tidak baik utk kita sekarang, mungkin ada baiknya nanti. 

Hidup ni tak mudah. tak spt yg kita nak, spt yg kita rancang. ada pahit manisnya. ttp yg pasti semua yg dtg adalah kerana kita mampu menghadapinya. walaupun kadang kala kita rasa tak mampu, ttp kita kena lalui juga. 

Mohon yang terbaik utk kita semua dalam menempuh segala cabaran dan kuatkanlah hati ini menghadapi semuanya! 

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...