Hidup satu percaturan. kadang-kala kita telah merasakan yang kita betul dalam membuat keputusan. tetapi sampai ke satu tahap, kita sedar yang sebenarnya kita silap dan kita menyesal. mampukah kita mengundur masa dan memulakan segalanya semula? atau tegarkah kita utk memaafkan diri kita sendiri dan memulakannya sekali lagi?. tiada yang terlewat selagi kita masih bernyawa. kadang-kala sesuatu yang datang itu ada hikmahnya.. ada kebaikannya yang memerlukan kita berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. dan kita tidak perlu menyesal dan mempersoalkan diri kenapa ia terjadi kepada kita dan tidak pada org lain.
Percayalah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah kerana kita mampu menghadapinya. mungkin kita kuat utk sesuatu tetapi lemah pada yang lain. dan mungkin yang kita lemah itu, ada kekuatan pada org lain. org yang tidak pernah kita ketahui masalah mereka, bukan bermakna mereka tidak ada masalah. munngkin masalah dia tidak sama dgn masalah kita..atau cara kita menanganinya tidak sama jika kita berada di tempat dia. ALLAH tahu apa yg kita mampu hadapi dan apa yg kita tak mampu hdapai. dan DIA berikan sesuatu kesulitan itu kerana Dia ingin berikan kita sesuatu yang lebih indah lagi..... sesuatu yang indah itu tidak mudah untuk dikecapi.. perlu ada byk rintangan dan halangan agar ia akan menjadi lebih manis dan indah lagi...
Apa yang penting, sentiasa lihat sesuatu itu secara positif. segala yg datang samada masalah atau kerumitan akan ada jalan penyelesaiannya. cara penerimaa memang berbeza antara satu sama lain. ada yang melihat masalah sebagai satu peluang dan ada yg melihat masalah sbg masalah. yakinlah bahawa sesuatu kebaikan yang kita lakukan..akan dibalas baik jugak. jika tidak kepada kita, mungkin pada anak2 kita nanti. jangan jemu membuat kebaikan kepada org. walau seteruk mana kita dianyai, di umpat keji, di hina..kita harus mendoakan kebaikan utk org itu. kita takkan mampu untuk menyatakan yg kita benar dan kita tidak salah.. tetapi ALLAH maha mengetahui akan segalanya. apa yg penting niat kita..dan semoga suatu hari nanti kita diberikan kesempatan untuk menyatakannya. sehingga tiba detik itu, kita doakan aja kesejahteraan dan kebahagiaan utk dia.. selamanya.. dan sesungguhnya kita tidak pernah berdendam pada sesiapa.. hidup ini tidak lama utk merasa tidak senang hati pada, utk hasad dan dengki pd org lain.
Orang yg disayangi ALLAH akan cepat sedar bila ia terleka, akan cepat insaf bila dia lalai. dan org yang tidak putus2 berbuat jahat adalah org yang tidak pernah puas melihat org lain bahagia dan ALLAH akan tetap melekakan mereka. banyak-banyak beristifar dan semoga mereka akan dilembutkan hati dan sedar akan perbuatan mereka.maafkan mereka dan semoga mereka juga memaafkan kita dan semoga kita semua tidak lalai dan lupa akan fitrah kita di dunia.
Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa kita dan lindungi kita dan keluarga sentiasa!.
-amin-
Wednesday, December 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment