Sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya, kenapa ia berlaku sekarang, apa hikmahnya tidak kita ketahui. semuanya telah diatur dengan begitu cantik sekali. hanya doa dapat mengubah apa yg telah disuratkan. mungkin apa yg tidak baik skrg ini berlaku kerana Dia hendak memberikan kita yang lebih baik.. atau mungkin apa yg baik pada kita ini adalah satu dugaan untuk menguji sejauh mana kita boleh bersabar menghadapinya.. dan selepas itu mungkin Dia akan memberikan yang lebih baik lagi... kita tidak tahu,,dan kita takkan tahu sehingga kita melaluinya..
Pernah terasa yang semua ini perlu diakhirkan. walaupun bibir berkata begitu, ttp hati masih terasa sayang untuk melepaskan semua yang telah dibina. adakah ini petanda utk mengakhiri semuanya? atau adakah ini petanda utk menguatkan kasih sayang yg ada. bahawa Dia ingin menyatakan bahawa inilah yang terbaik dalam hidup.. dan apa yg berlaku menunjukkan bahawa dia masih yang terbaik dalam hidup. kita takkan tahu.
Padang di luar sana lebih hijau nampaknya.. lebih damai rasanya..lebih segar udaranya.. adakah kerana padang di sini tidak dibajai lagi? tidak disirami lagi dengan penuh kasih sayang.. yang nampak hanya kebencian, amarah yang tidak sudah-sudah. mungkinkah padang di luar sana dapat memberikan segala yang dikehendaki, dicita-citakan..atau itu cuma pandangan pada zahir sahaja.. belum dapat semuanya indah belaka.. itu sudah lumrah manusia. tidakkah boleh padang yang disini cuba di bajai baru..mungkin ia akan menjadi lebih baik lagi.. kita takkan tahu.
Hidup ini indah.. terpulang pada diri sendiri untuk memperindahkannya.. mengikut kata hati, mati..ikut rasa binasa. jadik perlu ikut apa? perlu bertawakal dan sentiasa berdoa semoga Dia memberikan kita yang terbaik utk hidup kita. kesusahan sekarang mungkin adalah yang terbaik utk masa ini. tidak selamanya akan begitu.. bahagia harus dicari, dipupuk, diselami, dan dibajai...kita takkan tahu.
Waktu mematangkan kita, menjadikan kita lebih hebat, mengajar kita banyak perkara. andai pernah silap, betulkan kesilapan itu. andai pernah terluka, balutilah luka itu. walau parutnya tetap ada sampai bila2. walau parutnya takkan hilang sampai bila-bila. bila kata-kata menjadi seperti belati yang menghiris jiwa. tiada lagi ruang utk ia bertaut kembali. ke manakah ruang itu pergi?. ..kita takkan tahu.
Apa yang kita tahu, kita akan sentiasa berdoa kepada Dia dan semoga Dia mendengar doa kita. sesungguhnya, kita ingin disayangi, dicintai sepenuh hati, dibelai jiwa dengan kata-kata yang indah, dihargai dengan sentuhan yang bisa menggegar naluri dan hati.. dan sesungguhnya kadang-kala ia tidak perlu lahir daripada kata-kata, tetapi melalui pandangan mata yang akan terus membakar jiwa. itu..kita memang tahu..
-adios-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment