Saturday, February 19, 2011

Antara 2

Februari dh hampir sampai ke penghujungnya.. waaa cepat aje masa berlalu. dan banyak jugak yang telah dihadapi dan berjaya diharungi. apapun, mak yana gumbira bulan nie..heheh..segala impian mak yana terlaksana.. walau ada baki yang belum diselesaikan.. mak yana gumbira.

Bulan Mac yang bakal dtg nie masih ada beberapa perkara dalam perancangan. mak gembira dengan berita kawan2 mak yana yang bertahun menunggu chymata dh pregnant. walaupun mak yana dh takkan melalui sesi itu lagi, mak yana suka jugak la tengok baby.. (tgk aje yek), to have on my own dh tak boleh, nak amik dan jaga org punye pun idak la rasanye.

Bulan 6 nie mak yana kena buat lagi pilihan. org selalu kata, peluang dtg sekali aje dalam hidup kita, ttp bagaimana kalau peluang dtg 2 kali?. adakah kita tidak harus memikirkannya dengan serius?. kenapa ia datang lagi? mungkin itulah yang terbaik utk kita dan itu yang kita cari2 selama ini? kita takkan tahu....dan kita perlu berdoa agar dibukakan hati dan minda utk membuat penilaian yang sebaiknya. kerna ini bukan hal yg remeh, ia akan menentukan hidup dan masa depan kita.. kalau kita tidak langsung diberi pilihan, hidup takkan ada cabaran!. heheh.. moga2 mak yana diberikan 'bayang2' apa yg mak yana perlu pilih..dan semoga pilihan mak yana itu tidak salah...dan yg terbaik utk mak yana dan keluarga.

ada org yang merasakan..di kala umur camni dah tak payah lagi susah2 membuat pilihan. bersyukur aje dengan apa yg ada..dan jalani aje kehidupan sebaiknya.. ttp mak yana bukan spt itu., mak yana merasakan yg hidup ini perlu ada perubahan dan sekiranya kita mampu..kita harus menerima cabaran itu.. test diri sendiri boleh atau tidak. dan sekiranya ada org di luar sana yg tahu 'nilai' kita, kita harus teruskan. sbb impaknya sgt besar. bukan hanya pada diri sdn ttp kepada ramai lagi yg lain. kepercyaan org yg kita mampu melakukannya bukan mudah utk mereka katakan dan itu satu penghargaan di atas apa yg ada dlm diri kita. adehhh.. di waktu umur org dh stabil dgn karier masing2, mak yana masih tercari2 apa yg mak yana nak dlm hidup.. knp mak yana tak cam org lain? ohhh! that's just me!

Hujung mac mak yana akan ke singapore - 3 hari 2 malam, bawk students melawat ke sana.. then in may pulak mak yana akan ke indonesia - 5 hari. tahun ni rasa nak berjalan2 aje..kalu ada rezeki lebih nak terbang jauh lagi..hihiih...

-adios-

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...