Wednesday, April 29, 2009

Puncak Perdana Banjir Lagi

Orang di Puncak itu,
Menerima aje apa yg org kata.. buat aje keje seperti apa yg disuruh. bersengkang mata, penuhi apa yg org kehendaki.Tak pernah mengeluh apa lagi mengalah. Nothing is impossible.

Orang di Puncak itu,
Sering dikata, dikutuk walau ada yg puji..tak makan dik semua itu. Pernah jatuh tergolek dan bangun semula. Biarlah apa hendak dikata orang. Apa yg terbaik cuba di lakukan.. tak pernah menyesal atas nasib yg menimpa diri.

Orang di Puncak itu,
Seteguh manapun semangat, sekuat manapun azam dan tekad hari ini pasrah juga. Hari ini menangis juga. Hati bagai dihiris2 terasa, di buat dik orang sekeliling. walau sebaik mungkin telah dilakukan, yg salah juga dicari orang.

Orang di Puncak itu,
Telah nekad. Telah bulat hati. Satu hari nanti akan melangkah pergi juga. Bila tiba masa, bila peluang tiba!. Tak perlu menghamba diri pada mereka yang tak pernah mengerti, pada mereka yg buta mata dan buta hati. pada mereka yg tak pernah bersyukur dan tak pernah menginsafi diri. pada mereka yang bila berbuat baik, di sebar cerita seluruh dunia.. pada mereka yg rumah kata pergi, kubur kata mari.

Biarlah mereka terus begini. sampai bila pun mereka akan terus begini. tiada guna ingin cuba mengubah nasib mereka kerana mereka tidak pernah lupa.. tidak pernah lupa menyakiti, mencari kesalahan orang lain TETAPI tidak tahu salah sendiri.

Orang di Puncak itu,
Perlu tabah, perlu kuatkan semangat, perlu tawakal pada ALLAH, perlu bersyukur pada ALLAH kerana nikmat dugaan ini.. kerana hari ini, buat masa ini.... rezeki di sini. di Puncak ini.....

-adios-

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...