Memang nak avoid tahu pasal dia, tengok gambar dia. mmg tak nak ambil tahu pun walau jauh di sudut hati sentiasa mendoakan yang terbaik utk dirinya. walau apapun tanggapan dia... biarlah dia dgn anggapannya begitu. jauh daripada dia telah lebih menjadikan hati dan diri ini lebih aman.
Hari ini, nampak gambar dia lagi. dah cuba elak, ttp nampak jugak. takda rasa apa2 cuma harap dia sihat2 sahaja. dan nampaknya dia tetap sama -fizikalnya dan tidak berubah langsung selepas hampir 3 tahun ia diputuskan. berpatah arang, berkerat rotan. bukan sahaja dgn dia ttp seluruh yang bersangkutan dengan dia. mmg agar seram bunyinya ttp itulah yang sebaiknya daripada ada ttp hati terluka.
Life goes on with or without her. walaupun sangat cherish the friendship dan apa yg telah dilalui selama berpuluh tahun, kadang-kala berpisah itu lebih baik lagi. tak perlu tahu apa yg terjadi pada diri ini dan diri ini jugak tidak mahu ambil tahu lansung pasal diri dia. mmg pada mulanya sangat perit....tapi alah bisa tegal biasa, tiada apa lagi yang boleh dan dapat menyatukan 2 hati yang telah terluka dan dilukai.
Semoga dia berbahagia dengan caranya. Sesungguhnya tiada langsung rasa dendam di hati ini cuma buat masa ini dan masa-masa akan datang lebih baik tidak ada apa2 langsung antara kita.
Sahabat tidak perlu ada ramai. ada beberapa orang yang boleh menyejukkan hati, boleh ketawa dan menangis bersama sudah memadai. sahabat yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan rasa gembira. sahabat yang memahami dan tahu membawa diri.
Semoga dia memperolehi apa yang diingini dan semoga Allah memberikan keberkatan dan kebahagiaan untuk nya dunia dan akhirat! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment