Sunday, November 25, 2012

Jalan2 lagi..


Pakej 2 hari 1 malam di penang dengan kids sangat menarik walaupun kejap. A short trip sbb lepas tu mama will have long meeting aka holidays di Vietnam pulak. Ke penang dengan misi untuk makan nasi kandaq dengan telur sotong di kedai nasi kandar beratur kat sebelah masjid kapitan kling. Masa memula sampai tak tahu nak menuju kea rah tu, makan aje di kedai biasa. Mmg tak kaw ttp dptlah makan telur sotong yang diidamkan. Hihi. Pastu terus ke batu feringgi untuk ke hotel. Hotel mmg agak mahal sbb cuti sekolah ttp kemudahan yang ada mmg sangat best. The kids enjoy the swimming pool – as usual, mama dok aje makan sambil tgk they all main dan juga best di adventures park.

Walau pun hujan bila petang, awal petang masih ok and they enjoyed playing in the pool. Mesti pegi lagi next time. Balik dari penang, ingat nak stop makan mee udang di JURU ttp dah hujan lebat sgt, x jadik pegi. Orang pun ramai di hentian.. gitulah awal cuti sekolah. Apa pun mesti makan mee kicap di hentian ++ apa tah, tak ingat namanya. Hentian tapah ramai sgt org, camna nak solat nak ke toilet. Huhu.




The following 2 days, trip ke Vietnam. Flight pagi at 910 and reach Ho Chi Minh City at 10am. Flight was 2 hours, ttp sebab time difference jadik 1 jam. Airport HCM bzz dgn org yg menunggu dan bahasa yang tak paham . connecting flight ke Hue city at 230 pm. Nak pengsan menunggu lama. Dah la lapar..takde apa yg halal hendak dimakan. Huh. Sib baik dah makan nasi lemak di Merrybrown kat LCCT. Cuma minum air je di restoran sambil surf internet sbb wifi situ free. Apa yg boleh dilihat di situ adalah lelakinya most pakai kemeja kaler putih tanpa corak. Baik pemandu teksi dan juga yg lain2 keje kat situ. Boring betul. No colors.
Flight ke hue ambil masa lagi 1 jam 15 min dengan Vietnam airlines. Bau dalam flight cam agak meloyakan. Sampai di hue dah 430pm. Naik bus ke hotel, park view hotel yg about 20 min dari airport. Keadaan hue mcm kl tahun 70an, Bandar kecil yang tak byk kete ttp byk motor dan basikal. Driver bus lak bawak bukan main slow – 50km sejam je. Kiri kanan jalan ada sawah padi. Driver sebelah kiri jd cam janggal la jugak. No muslim food dan mrk agak surprise tgk org yg bertudung. Sampai hotel, bilik mmg best sbb hotel 4 star. Cuma bila nak dinner takde pilihan kecuali makan di restoran vegetarian dalam hotel tu.
I had nasi putih, dengan sayur mayur. Ada nangka muda rebus, rebung, kobis, tahu dan sayur2 lain yg tidak dikenali. Ada clear sup. Makan je lah supaya x lapar. Huhu. Rupanya hue city terkenal dgn silk yg baik kualiti dan murah. Ttp since niat nak sopping di HCM, takde lah beli apa2. Meeting the next morning at Hue university. Before tu, bfast at hotel pun x byk pilihan. Ramai tourist dari western yg ramai. Hue juga terkenal sbb cultural city, sbb ada byk pagoda, istana lama, citadel yang famous.  Bfast Cuma makan 2 biji telur rebus, croissant and fruits. Fuih! Sangat healthy. Ttp bila dah jam 11am mulalah lapar.

Lunch was held di one of 5 star hotel. Sbb diorang tak paham apa itu muslim food, we had seafood. Grill seabass, sotong, udang, lala masak halia, nasi grg seafood, popia vege. Boleh lah selera jugak makan. Malam dinner jugak, food lebih kurang sama. The next day lunch diorang bagi makan Chinese food. Ada stim fish, kangkung rebus dengan sos, sambal udang. Dalam keadaan camni, tak boleh nak fussy, nak ingat itu ini. Yg penting jgn makan daging, ayam dan avoid yg goreng2..sbb tak tahu minyak apa diorang guna. Entah2 minyak ongki (adam panggil al-khinzir ongki) hiih.
Jumaat malam bila dah settle meeting flight back ke HCM. Baru lah semangat sbb jumpa wan azlina, kawan lama..since umur 7thn. Baru lah semangat nak sopping. Hihih..

Amik kuo! mcm2 kain. cuma time nie x de mood nak amik pics byk2 ..sbb perut tak sihat..

Kasi pilih..sampai org2 situ leh ckp bhs melayu dah..sesekali rasa cam di bandung lak. 


Pasar ben thanth mcm2 mak nenek ada, Cuma suasana sgt stuffy, panas dan agak tidak teratur. Kain cotton mmg byk dan harga sgt murah, souvenirs etc. apa yg perlu dibeli adalah kopi Vietnam yang terkenal, beg2 hasil kerjatangan org sana dan juga kekacang. Mak yana beli kopi, kain cotton 2 helai dan souvenirs.   T-shirt Vietnam, is a must. Before that we had po mee. Sebut sbg fur mee di gerai muslim. Sedap mee sup nya cam mee bakso. Pekena pulak air kopi ais yg kaw. Then singgah di kedai basiroh yang jual telekung. Telekung tak byk pilihan. Tak semeriah di bandung…

Po mee. Mee dalam rebusan daging 

Ulam nya sebakul 

Boleh gak makan cicah roti bantal nie. 

Then off to green mosque. Kat green mosque nie ada sederet kedai2 jual baju kurung yg siap. Siap jahit dengan beads yg sangat lumayan. Naik menggila tgk mcm2 design yg cantik2. Udahnya ambil 7 pasang, kain telekung 3 pasang org pesan. Pastu lunch di area situ. Masa tu teringin sgt nak makan ayam grg. Entah apa2…sudahnya ayam lak abis. Jd makan je nasi, kerabu mangga, telur bistik ngan sayur campur. Boleh la…

Malam, tak abis tawaf baju lagi, ke pasar malam. Pasar malam buka after 730pm di luar ban than market. Murah2 brg, esp jubah, baju dan t-shirt.Cuma jubahnya sgt meriah dgn beads aka lampu di i-city. Takde lah membeli. Habis 1 hari yg sangat memenatkan…walaupun best sbb dpt sopping!
HCM sure akan ulang trip lagi dengan lebih banyak Dong nye.. ttp RM pun diterima jugak. US dollar pun sama… till we meet again. J next time nak p holidays je… baru cukup masa.

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...