Sesuatu yang kita suka kadang-kala hadir hanya utk sementara. ku sangka panas hingga ke petang, rupenya hujan di tenghari. dan kita harus memikirkan jalan yang terbaik utk melaluinya. org selalu kata, perkara yang paling payah utk dihadapi adalah bila berdepan dengan kerenah org. mmg payah nak faham org. lebih2 lagi org yang mempunyai kuasa dan tahu dia boleh buat apa sahaja bila dia tidak suka. dan dia akan buat mcm2 cara supaya kita tewas.
Mengalah bukan bermakna kalah. kadang kala lebih baik begitu, daripada terus dihimpit dengan masalah yang hanya menyebabkan diri tidak bermotivasi dan merasakan tiada guna semua di depan mata.
tetapi bercakap perkara yang benar juga akan lebih memberikan impak yg bukan sedikit. it will look very ugly dan akan diingati sampai bila2.
Tak guna berlawan dgn api, kerap diri yang terbakar sendiri. jika tidak sanggup lagi dilambung gelombang... undurkan saja perahu yang sedang dikemudi. bukan ini akhirnya.. dan bukan ini jalannya.
Biarkan dia dgn labu-labunya. dia ingat hidup ini menongkat langit. selamanya berada di atas. perangai buruk, pendengki, suka melihat org susah hati, menderita itu takkan lama. lambat laun org akan tahu juga..
Oleh itu, teruskanlah mengejar apa yg nak dikejar.. biarlah kali ini diri ini mengalah.. kerana buat masa ini, ini adalah yg terbaik utk diri terus tersenyum!
Thursday, November 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment