Wednesday, October 26, 2011

This is it!

Lama tak update blog dan byk perkara telah berlaku lately. There are times yang bila kita rasa spt sukar utk bernafas, di awangan, tidak berpijak di bumi nyata dan tidak tahu apa sebenarnya yang harus dilakukan. Kebingungan begitu bukan sekejap utk dipulihkan, semangat perlu dikembalikan kerana kita tidak boleh terus berbaring dan tidak berbuat apa2. masa yang berjalan tidak dapat diulang semula. kadang-kala bila tidak tahu nak berbuat apa, kita perlu kembali padaNYA. memohon petunjuk dan hidayah daripadaNYA. dan petunjuk itu datang daripada pelbagai cara. kita yang perlu sendiri mengolahnya dan berbuat keputusan daripadanya.. itulah bab yang paling sukar sekali sebenarnya.

Apakah keputusan itu baik utk kita?. baik utk mereka? atau adakah salah? menyesalkah kita nanti jika keputusan itu salah? sebab yang diberikan oleh DIa itu adalah yg sebaiknya utk hidup kita, dan ujian yang dtg ini adalah untuk menguji sekebal manakah kita. adakah sudah cukup petunjuk yang ada untuk membuat keputusan yang besar begini?. apakah yang dijanjikan selepas itu bisa mengembalikan apa yang telah dilalui sekarang ini.? adakah ia lebih baik atau ia hanya menjerat diri menjadi lebih terseksa lagi?. kita takkan tahu....sampai kita menghadapinya sendiri. tiada ada siapa yg menyatakan ia mudah...dan mereka boleh berkata apa saja..yg akan melaluinya adalah diri sendiri. hendak atau tidak, diri sendiri harus membuat keputusan itu.

Kadang kala terasa nak hentikan masa.. nak kembali pada masa dahulu, bilamana tiada tanggungjawab seumpama ini. ingin rasanya membuat keputusan dengan lebih bijak lagi.. ingin menjadi lebih baik lagi.. ingin agar dibuat aturan yg baru. ttp itu semua dalam mimpi. semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti dan esok adalah harapan... yang kita mampu merancang ttp ALLAH juga akan menentukannya.

Sesungguhnya apa yg berlaku sekarang ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi. yang hanya akan terungkai bila tiba masanya......

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...