Ramai berkata, berilah peluang jika ada kesilapan yang dibuat. beri peluang agar kesilapan yg sama tidak berulang lagi. hati yang rapuh selalunya akan mudah tersentuh dgn kemaafan yang diucapkan dan dengan sesalan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi. setelah peluang diberikan, perkara yang sama berulang lagi.. patutkah diberikan peluang lagi?. atau sudah sampai noktahnya?.
Memutuskan semua tidak semudah yang diucapkan. hatta dik kerana itu, semuanya perlu ditimbal balik dengan sebaiknya. bukan memikirkan apa akan jadik esok, lusa tetapi yang lebih penting lagi apakah kesannya utk jangkamasa yang lebih panjang... hidup di luar sana belum tentu menjanjikan apa-apa. kebahagiaan perlu dibina dan bukan dtg bergolek begitu sahaja. ada org yang kita nmpk sangat bahagia, loving couple, sentiasa tersenyum dan tidak pernah berdukacita. tahukah kita bahawa dia sesungguhnya benar-benar bahagia.. atau itu cuma lakonan semata..bg mengaburi mata-mata kita?. segala duka dipendam kerana apa yg dilakukan hanyalah semata-mata kerana tanggungjawab dan rasa kasihan..
Kadangkala dalam tidak sedar kita semua adalah pelakon dipentas ciptaan kita sendiri. buruk baik sebenarya kita yang menentukan dan kita yang mahukan ia begitu.. kita jadik begitu kerana kita tidak mahu org lain menderita..walaupun diri kita sendiri sengsara.. di manakah bahagia bila apa yg diucapkan hanya kata2 yang membakar jiwa?. just live the life..! kita yang mencorakkan hidup kita..bukan org lain.. kita yg mahukan ia menjadi begitu..sedangkan jika kita diberikan lebih kekuatan, lebih kekebalan, kita mampu untuk berdiri sendiri juga. mungkin ia belum tiba masanya... mungkin kerana kesabaran itu masih ada.. masih utuh lagi hingga ke hari ini. walau badai melanda, walau tsunami melakarkan corak yang baru.. kesabaran itu masih tidak terusik.. walau sedikit. kerana itu kita masih sama.
Mungkin berkat kesabaran ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bahagia.. mungkin dugaan ini tiba kerana Dia menjanjikan sesuatu yang lebih indah lagi..?? itu kita tidak tahu..kita tidak tahu apa yang direncakan utk kita.. baikkah terus menunggu atau sanggupkah meninggalkan semua dan mengharapkan sesuatu yg lebih baik di sebelah sana?. ianya satu perjudian.
Saturday, June 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment