Kali ini jatuh lagi.. jatuh dan tergolek..dan cuba bangun. sampai hati sudah rasa tak mahu lagi, kaki kata larilah.. tapi mulut kata, diam dan tak perlu kata apa-apa. seminggu yang begitu menikam perasaan. bukan hal di rumah shj menjadi amukan fikiran ttp juga yang lebih hebat hal di tempat kerja. bilamana diri difitnah sebegitu rupa. tidak terjangkau dik pemikiran, org2 cerdik pandai, pendidik bangsa boleh berfikiran sebegitu cetek. berkata seolah2 diri tidak sedar yg satu hari, diri juga tidak akan lari dari dikata org. mengata seolah2 hanya diri sendiri yang betul dan org lain semua salah.. yg menjadi mangsalah yang merana.
kali ini bangunnya agak lambat. rasa hilang seluruh jiwa raga. rasa seolah2 tiada erti nya lagi berbakti pada yg tidak tahu menghargai. cerita yg 'sedap' macam tu mmg senang aje merebaknya.. sudah dijaja di kedai kopi katanya.. adooiii...artis ke mak yana nie?. awalnya diri hanya mampu berdiam sahaja. dah la demam tak baik2, batuk tak henti2, suara pun takde.. jadik berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata-kata. tetapi bila disentuh hal kerjaya yg telah dicampuradukkan dengan hal peribadi, mak yana terus melenting. tidak layak diadili begitu. airmata tiada harga lagi waktu itu.. di manakah kekuatan yg satu waktu dulu tebal dalam diri? dimanakah semangat? kemanakah menghilang semuanya? selepas 2 tahun berlalu, dugaan yang hebat ini datang lagi..tak sesuaikah mak yana di sini? adakah tempat yang lebih baik?. di luar sana yang lebih menjanjikan bahagia? perlukah akur pada desakan sekeliling?.
mulut org manakan mampu ditutup.. adakah dengan bercerita yg benar pada semua org menyebabkan org akan diam? atau yg tak tahu akan jd tahu?. sabar adalah pengubatnya... biarkan mereka berkata semahunya.. sampai masa diam jugak. apa yg penting, diri tahu apa yg dilakukan..roda hidup ini jangan dikesali.. pasang surut air juga jangan dipersoalkan. tiba masanya yg membawa cerita akan terima akibatnya juga.. sesungguhnya fitnah itu lebih hebat dosanya daripada membunuh! kalau tak tahu, kenapa perlu disebarkan juga? di sensasikan juga? sudah hilangkah akal mereka... dan tidak sedarkah mereka kalau diri sendiri yang dijaja begitu?
seminggu yang penuh dengan dugaan. kali ini mak yana jatuh lagi..dan cuba mencari kekuatan yang ada untuk bangun semula. biarlah org pandang sebelah mata dan buat andaian mereka sendiri. hanya diri sendiri yang tahu..sakitnya yang hebat ini, dugaan yang hebat ini datang kerana mak yana mampu menghadapinya.. walau dh rasa berkecai segala pengorbanan yang dilakukan... mak yana kutip semula satu persatu dan cuba mencantumkannya.. supaya mak yana bisa berdiri seperti biasa. ini bak tsunami yang melanda.. meninggalkan sisa2 yg menyemakkan fikiran, mengusutkan hati dan minda.. ambil masa utk sisa-sia itu dibuang semula.. dan walaupun dibuang, kesannya tetap ada.. Dia masih sayang pada mak yana..dan memberikan dugaan ini pada mak yana. supaya mak yana sedar akan kemanisan disebaliknya..
Ya Allah.. kau berikan kebahagiaan kepada orang-orang yang menaburkan fitnah tersebut. berikan mereka kekuatan untuk meneruskan apa yg mereka hajatkan. semoga satu hari nanti mereka akan tersedar..sesungguhnya mereka aku maafkan dunia dan akhirat. sesungguhnya ini semua petanda bahawa Engkau sangat sayangkan aku! terima kasih sahabat-sahabat yang tidak putus-putus ingin melihat aku jatuh tersungkur. Dan sesungguhnya semua ini telah memberikan aku kekuatan untuk lebih tegar menghadapi hidup ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 years
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
-
Lagi 2 hari i will be flying again. Now to Hanoi, Vietnam. It will be 4 days 3 night package.. alone. As usual, semua dah diatur dengan tra...
-
Dah masuk bulan feb baru ada time nak update. macam-macam perkara telah berlaku dan ada di antaranya kita buat keputusan yang telah menyebab...
-
I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...
No comments:
Post a Comment