Wednesday, October 13, 2010

Surat buat Nur Kasih

Nur,
Kasih sayang itu sangat tidak terduga. hari ini dia adalah sahabat, esok dia kekasih.. atau hari ini dia kekasih dan esok dia suami. hidup ini penuh dengan kebarangkalian yang hanya Allah sahaja yang tahu apa yg terbaik utk kita. perasaan kasih dan sayang itu datang tanpa dipaksa. perhatian yang kau berikan, gelak tawa yang membawa pelbagai cerita.. menceriakan hidup. menjadikan hidup lebih bermakna. kebelengguan fikiran dik hati yang telah lama terseksa terubat jua.. walaupun singkat perkenalan itu, ia telah memberikan seribu makna. kehadiran dikau telah merawat segala duka dan sengsara. walaupun bibir tersenyum siapa tahu hati berduka. kebahagiaan yang org nampak di luar hanya lakonan walau hati meronta-ronta.

Nur,
Walaupun perasaan ini salah, walaupun cuba utk disisihkan namun makin cuba dilupakan makin dekat kau dalam hati ini. aku menjadi tidak keruan. sehari tidak menatap wajahmu, tidak melihat senyum manismu dan gelak tawamu..hidupku jadi gundah gulana. kenapa perasaan ini hadir tika ini? hadir tika aku tidak mampu utk berbuat apa2 melainkan berterus terang bahawa perasaan ini benar belaka.. aku tidak mampu utk menidakkan bahawa kehadiran dirimu membawa sinar...memberikan cahaya kepada hidupku..

Nur,
Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata akan rasa bersyukurnya aku kita diketemukan. kejujuran dan keikhlasanmu memberikan aku kekuatan, kata-kata perangsang yang kau luahkan memberikan aku semangat, keluhuran dan budi pekertimu membuatkan lena ku diulit mimpi-mimpi yang indah. aku mungkin lebih mudah tersenyum dan tertawa sekarang..kerana apa yg aku tanggung selama ini telah kau ungkaikan.. dan kau jalinkan menjadi hamparan buatku beradu..

Nur,
Tidak tahu berapa lama harus aku begini. memikirkan kehilanganmu membuatkan aku lemah.tidak berdaya. aku ingin selalu kau berada dekat disisi dan dekat dihati.. kasih ini tidak salah Nur, perasaan yang suci ini benar belaka. janganlah hadir hanya utk sementara. temanilah aku sepanjang hidupku.. kerana aku amat memerlukanmu!.

Nur,
Waktu ini hatiku yang berkata-kata..dan segalanya benar belaka. aku tidak mampu lagi membohongi diri, menidakkan kehadiran kau dalam hidupku. kesunyian dan kesepian hidupku telah kau sinari. janganlah kau kelamkan ia.. walau berapa lama aku sanggup menunggu.. dan mengharap agar kebahagiaanku berpanjangan. Nur, sekiranya ini mimpi..jangan kau kejutkan aku daripada mimpi yang indah ini. aku ingin bila aku sedar.mimpi ini menjadi kenyataan dan bukan khayalan semata-mata.

Nur,
Yakinlah bahawa impian kita akan terlaksana. kita akan menghadapi apa juga rintangan bersama-sama. doaku sentiasa agar segalanya dipermudahkan untuk kita. dan kiranya kau adalah yang terbaik utkku.. moga Allah tunjukkan jalanya..dan jika tidak sesungguhnya Nur aku pernah rasa bahagia bersamamu.. dan kenangan itu akan aku bawa hingga ke hujung nyawa!

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...