Monday, July 26, 2010

End of July

Salam,

Bila nak mula aje menulis ada je keje nak kena buat. kat umah, lagi la tak boleh nak curi masa. walau ada sekali dua menulis, ttp tetiba takde idea. to refresh back, nie ada 2 nukilan yang dibuat tahun lalu. spt kata suri..kena aje kan.. hehe..

Kite hanya pelakon
di pentas ciptaan sendiri
terpaksa berpura...walau jiwa derita
terpaksa tersenyum...walau hati sengsara
kite hanya pelakon
menangis di hati ...hanya diri yang tahu
biar orang lain nampak gembira
biar tersenyum.. tersengih sampai ke pipi
tapi... jiwa meronta
kite hanya pelakon
biar orang lain kata kita bahagia
biar orang lain ingat kita gembira
biar anak anak tidak tahu
hanya kita yang derita
kite hanya pelakon
melakonkan watak sebaiknya
sampai bila?
bukankah hidup ini untuk bahagia?
dengan org yang benar2 menghargai kite
yang menerima kite seadanya
yang tahu....bahawa hidup ini tidak lama
harus di penuhi dengan cerita2 suka
bukan cerita duka
kite tidak tahu
sampai bila
kita harus berlakon
demi mereka..... bahagia!


BICARA UNTUK AKU

Masih adakah lagi sisa cinta setelah sekian lama ia tidak di baja?
Masih adakah rasa sayang, walau dulu itulah ungkapan mainan bicara?
Masih adakah peluang untuk diberi bagi mengubah yang telah terjadi?
Masih adakah masa untuk terlerai segala nya?

Aku kah yang itu dalam dilema?
Mampukah aku melaluinya?
Bukan berfikir hanya untuk diri sendiri
Yang tinggal bukan nya sendiri
Yang sepi nanti bukan aku sahaja yang pasti

Terpaksakah mereka berkorban jua?
Walau belum bisa terima, mereka tahu bila kesedihan itu menjelma

Haruskah aku korban kan segala?
Di hati ini, tiada lagi ruang utk dia..
Aku mahu sendiri.. kebahagiaan yang dicari masihkah bersisa untuk dikecapi?
Bukan sehari dua memandam rasa
Bukan tidak dicuba dan dipelihara
Telah sedaya upaya, namun ini balasan yang di terima

Mengapa harus terus setia?
Membelai hati yang makin lara
Makin terseksa jiwa dan raga

Pergilah kaki ikut kata hati
Mungkin ada bahagia
Di hujung dunia………

No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...