Monday, February 1, 2010

Blues

Bila banyak sgt perkara nak dibuat, tetiba rasa blank. hari nie aku rasa blank. rasa cam tak berdaya. maybe i need a break from all this. maybe i need to stop for a while, sit back and think. maybe i should leave everything behind and be alone, maybe i could take a long holiday and forget abt everything. why i am not myself today?. nothing wrong di rumah, nothing goes wrong in the office. maybe my head need to rest for a while. doing what i like to do.

As usual adam pegi sekolah pagi dgn ayah dia. ttp pagi td mak yana htr dia p sekolah. dah 1 bulan adam masih tak kenal huruf, nombor apa lagi boleh membaca. td mak yana terserempak dgn cikgu dia. dia kata merentas desa yg lepas adam dpt no 10, adam naik pentas amik medal. adam tak kasi tahu pun pada mama adam menang. sbb cikgu kata, adam bagitau cikgu adam tak nak menang.. eheemm... mak yana p check beg dia dan nmpk medal kaler bronze. mak yana tanya, adam menang yek..adam cakap ye. maybe adam tak tahu apa maknanya. tetiba lalu budak pompuan cina, dia budak special. dia down syndrome. dia sengih pada mak yana, tetiba mak yana rasa sayu sgt. budak tu tegur adam, adam pimpin tangan budak tu p assembly. dari jauh mak yana tgk, adam dgn beg transformer beratur. tetiba mak yana rasa sayu sgt.. adoiiss..mula la nak menitis ayaq mata.. sabar..sabar.. mak yana terus drive p work.

Tak tahu apa yg bermain di kotak fikiran adam, adam pun tak kan faham apa mama rasa.. budak learning disabality bukan budak bodoh. mak yana tak pernah nangis sbb adam camtu.. cuma sedih dan tak tahu apa yg terbaik utk diberikan.. emo betul hari nie..

Okla.. nie ada gambar2 masa adam 1st day at school. nangis 1 jam. dan itu shj masa adam nangis. now adam suka, sgt suka pegi sek, tak pernah nangis bila dikejut bangun pagi. dan adam p sekolah agama petang. walau buku tak payah beli, adam belajar doa, solat dan adam seronok. tiada apa yg mak yana hrpkan, biar adam boleh berdikari utk hidup kerana tak selamanya mak yana ada utk bersama adam.

-adios-







No comments:

5 years

I'm back The last post was on 2015. Now dah 2020. I guess there are so many things in my head and I need somewhere, where I can write ...